Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Sunway Medical Centre telah diadakan pada 17 Januari 2017 di Sunway Medical Centre. Pihak pengurusan Sunway Medical Hospital telah mengambil peluang ini untuk membawa Tuan Haji Mohd Zaidi, Pengarah Urusan JTR merangkap Pengerusi Lembaga Pelawat dan ahli lembaga pelawat yang lain melawat bangunan terbaru yang mempunyai pelbagai mesin moden dan canggih antaranya Linac Machine versi terbaru bernilai RM16 Juta ( untuk rawatan kanser ), PET-CT Scan Machine yang boleh menghasilkan imej 4D, pusat kemoterapi dan berpuluh mesin dialysis terbaru di dalam tempat yang lebih luas dan selesa.