Mesyuarat Penubuhan Pertama JK MPM Merekayasa Kongress Ekonomi Bumiputra
Mesyuarat pertama JK Merekayasa KEB bersama kepimpinan tertinggi MPM yang diketuai oleh Dato Hasan Mat telah diadakan pada Selasa 22hb September 2026 jam 4pm di Wisma MPM Bina Daulah. Dato Hasan Mat selaku SU Agung MPM menerangkan dengan terperinci tentang permulaan dan sejarah KEB bermula pada tahun 1965 sehingga sekarang. Beliau juga menerangkan dengan jelas tentang halatuju MPM sekarang dan juga peranan yang perlu dimainkan oleh MPM JK Merekayasa KEB yang dipengerusikan oleh Dato Ts. Haji Mohd Zaidi bin Ilamdin. Kami amat berterima kasih kepada Dato Hasan Mat untuk kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk melaksanakan agenda nasional ini demi masa depan dan survival negara dan bangsa Melayu di negara tercinta bumi Malaysia ini. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.