Activities

SIDANG MEJA BULAT BELANJAWAN 2027 MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

*JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU PERSIDANGAN KE SIDANG MEJA BULAT 2026 – BELANJAWAN 2027*

Ybhg Tan Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan,

Sukacitanya dimaklumkan Jawatankuasa Kebangsaan Merekayasa Agenda Ekonomi Bumiputera, Majlis Perundingan Melayu (MPM) ingin menjemput YBhg Tan Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan sebagai tetamu jemputan ke Sidang Meja Bulat 2026 – Belanjawan 2027. Persidangan ini diadakan bagi tujuan memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)

Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Wisma MPM (Bina Daulah), 371-4, Jalan Ledang Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBhg Tan Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk menghadiri persidangan di atas. Pengesahan kehadiran dan maklum balas boleh dibuat *sebelum atau pada 26 Oktober 2026, 3.00 petang* dengan menjawab melalui whatsapp ini dengan memberikan maklumat seperti berikut:

Nama:
Jawatan:
Persatuan atau Organisasi diwakili:
Contact No:
Email:
Turut sama disini dilampirkan surat jemputan dan tentatif atur cara persidangan untuk rujukan dan perhatian Ybhg Tan Sri / Dato’ / Datuk / Datin / Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
*Dato’ Ts Hj Mohd Zaidi bin Ilamdin*
Pengerusi
Jawatankuasa Kebangsaan Merekayasa Agenda Ekonomi Bumiputera
Majlis Perundingan Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *