Activities

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT HEALTHFM KEPADA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DATO SRI HASNOL ZAM ZAM

Alhamdulilah pada hari ni 4hb September 2026 Jumaat jam 3 petang pihak Healthfm yang diwakili oleh Dato Ts. Mohd Zaidi bin Ilamdin selaku Presiden, Saudara Shamsul Naib Presiden, Dato Asri AJK dan Saudara Syahir selaku Penolong SU telah diberikan penghormatan untuk membuat kunjungan hormat kepada Dato Seri Hasnol Zam Zam Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Hadir bersama mewakili KKM adalah Datuk Huzian selaku Pengarah Jabatan Kejuruteraan KKM , Saudara Dzulkifly selaku Head of Concession Monitoring PSH dan PSK KKM, ramai team dari pengurusan tertinggi KKM dan jurutera jurutera KKM.
Arahan Dato Seri kepada kami dan kepada Bahagian Kejuruteraan KKM untuk berbincang dan tingkatkan engagement supaya dapat mencapai kata sepakat tentang kaedah dan tatacara yang perlu dibuat untuk perlaksanaan kontrak baru KKM samada untuk Hospital atau Klinik dimasa depan akan kami ambil perhatian serius untuk dilaksanakan. Terima kasih yang tak terhingga kepada Dato Seri Hasnol Zam Zam sekali lagi akan peluang untuk perjumpaan ini. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang sihat buat Dato Seri dan keluarga. Aminnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *